Saturday, June 25, 2011

Surat Untuk Yusrin


Good day beautiful.

Hi Hun, you tetap nampak menawan, apa khabar?

Hun, relationship kita sangat baru kan? It's seems like tak menjadi, kenapa?

I rasa tak adil tanya you soalan ni, sama ada you tau jawapan atau you susah nak jawab atau you memang takde jawapan. So, takpe, tak perlu jawab, it's fine hun, it's fine.

I rasa tak perlu ungkit kisah lepas, takde makna pun. Tapi apa akan berlaku pada masa depan?

I selalu memahami you dan selalu cuba memahami you. That's why I cuba untuk tidak membuat sebarang konfrontasi. Tapi persoalannya, kenapa perlu perbalahan sebegini? Tak bolehkah kita berbincang dengan cara dewasa? Dengan cara yang membolehkan I mendengar serta memahami isi hati you?

Sekiranya you perlukan ruang, just say so hun, jangan buat I tertanya-tanya dan tergantung. I care for you dan I love you itu bukan satu perkara main-main, I sangat serious serta ambil berat. We should share apa saja isu yang kita ada.

Maaf kata la hun, do you really love me? Atau sekadar nak sedapkan hati I kerana takut I kecewa kena reject dengan you? *ini sekadar tanggapan peribadi*

God always work in mysterious way kan?

So, apa kata I berterus terang saja. I sangat sayang dan cinta dekat you sepenuh hati, ikhlas.
I tak mintak you balas cinta I, kalau you sudi, alhamdullilah, Allah is great.

Tapi, kalau you rasa I ni adalah satu kesilapan untuk you.. seriously, it's fine hun, I tak terasa hati pun, I tetap hormat you sebagai seorang perempuan manis yang sangat menawan pernah berada di hati I.

So, anyway, I harap kita boleh selesaikan isu ni secara baik dan bersopan. Kalau masih ada rezeki dan jodoh untuk kita bersama, mari cari jalan terbaik untuk perbaiki isu masing-masing.

Sesungguhnya, I taknak kehilangan you.

Macam mana pun, kalau I datang secara sopan dekat you, then I kena pergi secara sopan dari you. I akan tetap hormat dan menghargai seorang perempuan baik bernama Yusrin.

No comments:

Post a Comment